I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 9, 2009

cerita pengemis dan isteri cantik!


Petikan cerita dari buku Cerita & Doa Dari Hadith & Al-Quran, Himpunan Wan Jamal Haji Wan Mat Saman dan susunan Farah Natasha Bunti Jasmin (UKM), Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh. meminta belas kasihan mereka,”Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.” Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking-nenengking si pengemis itu. Dalain hatinya berkata : “Aku, membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluarga aku.” Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menagkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenamya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang, : “Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dahulu!”
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.
Rasulul ah s.a.w. bersabda yang, maksudnya : “Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan.”
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barang siapa iang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyal tenaga,bersedekahlah dengan tenaganya . “

No comments: