I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 12, 2009

Derita Cinta Semalam


Pada Hari Ini,
Buat Sekalian Kalinya,
Hatiku Terusik Kembali,
Terimbau Kenangan Lalu,
Yang Masih Segar Dalam Ingatanku,
Biarpun Seringkali Meruntun Hatiku...

Hujan Renyai Yang Membasahi Bumi,
Seakan Mengerti Derita Perasaanku,
Sarat Yang Kutanggung,
Sendu Yang Ku Hitung,
Bercampur Baur Menjadi Lukisan,
Yang Sukar Difahami...

Hatiku Menangis Lagi,
Meraung!!!!
Oh Tuhan!!
Apakah sebenarnya TakdirMu Untukku?
Apakah Hikmah Semua Ini?
Aku Sudah Tidak Sanggup Lagi Meredah,
Jalan Yang Penuh Sandiwara Ini,
Aku Letih!!!!...

Mengapa Dirinya Masih Kurindui?
Mengapa Kesengsaraan Yang Diberinya Aku lupakan??
Oh Hati!!!
Lupakanlah Dia,
Dia Telah Lama Pergi Dari Hidupmu,
Teruskanlah Kehidupanmu Sebaiknya,
Walaupun Hatimu Hancur Berderai....

rasa cinta rasa derita....

hati kadang2 bertanya..kenapa masih teringatkan dirinya..kenapa mesti tangisi sesuatu yang telah berlalu??memang perit kan...bila kita dah jatuh cinta..kemudian..terpisah...terasa hati kita dibawa pergi, terasa hati kita dilempar jauh supaya tak kembali lagi pada kita..kita tetap meratapinya walaupun hati kita telah dibawa jauh sehingalah kita jadi derita!!!aneh..kan??itulah cinta..itulah derita..CINTA...

Tuesday, August 11, 2009

MuTiArA KaTa


Kata-kata Motivasi

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda
dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam
merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi.

milik siapakah hati ini....


selalu ku perhatikannya..ku bayangkan seandainya dapat ditegur dirinya itu..namun, hatiku terlalu tegar untuk mendekatinya buat masa ini..bagiku cukuplah ku perhatikannya dari jauh...tenang wajahnya menyejukkan hatiku, tutur katanya begitu indah pada pandanganku, keelokkan kelakuannya membuatkan aku malu memandang diriku ini...Nah!!!!!..inilah salah satu bicara hati oleh insan-insan yang sedang terbuka hatinya kepada satu perkara yang amat MENAKUTKAN iaitu CINTA!!!..Cinta??apakah maksudnya bagi anda?kasih sayang yang mendalam kepada seseorang?kesanggupan menyerah segala-galanya untuk seseorang??keterlekaan kepada benda lain selain dirinya??penyerahan kasih sayang yang berlandaskan agama??..pernah ku tanyakan kepada seorang sahabatku, kenapa dia boleh jatuh cinta? tidakkah dia merasa cinta itu suatu yang menyiksakan?tidakkah dia merasa cinta itu suatu yang merugikan?..jawapannya..senang saja...hatinya telah terbuka untuknya..tiada keraguan lagi!!!...betul ke bila kita terjumpa seseorang yang menarik bagi kita..kita terus rasakan dia adalah jodoh kita??Yakinkah anda dengan bisikan hati yang dipengaruhi oleh syaitan itu??..cinta yang murni..kasih sayang yang berpanjangan...dapatkah kita kecapinya???ingin ku rasakan suasana cinta yang sebenar...tetapi...ku sedar..aku bukanlah sebaik dan semulia Sumayyah untuk mengecapi rasa cinta dan kasih yang tulus daripada KEKASIHNYA..hatinya hanya milik KEKASIHNYA..hati ini???