I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Bahasa Akal, Bahasa Hati

Assalamualaikum.....

Selamat Pagi Semua!!!..today is saturday..hari yang mengasyikkan bersama2 bantal yang penuh ngan peta2 xdikenali..(^_~)...

hari yang ceria dan menggembirakan ni, buatkan aku rasa terpanggil untuk aku share artikel yang aku baca dari laman iluv islam....ilmu yang bermanfaat, biarlah disebar2kan dari hanya dibiarkan...kan??...

"Harry, open the door!"

"Harry, can you please open the door!"

Dua ungkapan dengan maksud yang sama, tetapi menghasilkan kesan yang berbeza.

Semasa saya kecil, Sesame Street adalah salah sebuah rancangan televisyen yang amat saya minati. Salah satu episod yang masih segar di ingatan saya ialah "The Magic Word".

"The Magic Word" bertujuan mengajar kanak-kanak supaya menggunakan perkataan-perkataan yang sopan terutamanya apabila meminta pertolongan. Perkataan please, kindly dan yang seumpama dengannya adalah "The Magic Word" yang dimaksudkan.
AKAL DAN HATI

Saya sentiasa berhati-hati agar jangan perkataan saya menyinggung sesiapa. Maka saya juga mengharapkan yang sama dari orang lain. Ia adalah fitrah manusia. Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan.

Akal memproses logik. Hati memproses emosi.

Akal dan logik menghasilkan tahu.

Hati dan emosi mencetuskan mahu.

Apabila kita meminta sesuatu dari orang lain dengan menyebut "Ali, buka pintu tu", ia adalah arahan kepada akal. Apabila akal memahami arahan tersebut, ia akan memberikan kefahaman tentang reaksi dan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap arahan itu.

Tetapi arahan yang hanya mempedulikan akal, walaupun boleh difahami, ia mungkin tidak mencetus mahu. Arahan itu tidak mengambil kira soal hati. Sedangkan kemahuan datang dari hati.

Bagaimana kalau ayat yang sama diungkap dengan cara yang lebih sopan, seperti "Ali, tolong bukakan pintu tu. Terima kasih!"

Bagaimanakah perasaan dan kesediaan kita untuk bekerjasama dengan permintaan yang sedemikian rupa, berbanding arahan pertama?

Saya yakin, kita lebih bersungguh dan berkemahuan untuk memenuhi permintaan itu kerana perkataan "buka pintu" memberitahu akal, manakala perkataan "tolong" dan "terima kasih" menggerakkan hati.

Tidak bolehkah peraturan semudah ini kita amalkan dalam hidup?

LUQMAN DAN BAHASA KASIH SAYANGNYA

Lihat sahaja bagaimana Luqman menasihati anaknya. Beliau mulakan ungkapan nasihat itu dengan lafaz "Ya Bunayya", yang boleh dimaksudkan sebagai "wahai anakku sayang". Ia adalah lafaz akal dan hati. Luqman tidak bersikap angkuh terhadap anaknya atas status dirinya sebagai bapa. Malah kuasa kasih sayang dan bahasa yang mengungkapkannya, menjadikan nasihat itu lebih berkesan dan penuh hikmah.

Manusia tidak bertindak berdasarkan apa yang dia tahu (akal), tetapi manusia bertindak berdasarkan apa yang dia mahu (hati). Jangan lupa yang itu. Jangan hanya mengeluarkan arahan, tetapi manfaatkan fitrah manusia yang ada perasaan.

BAHASA TERHAKIS

Saya semakin merasakan betapa generasi hari ini semakin tidak mempedulikan bahasa. Tidak pandai berbahasa. Tidak bijak menutur kata. Saya tidaklah mengharapkan bahasa bangsawan atau sastera. Tetapi cukup dengan bahasa "The Magic Word" yang sudah begitu sebati dengan adat resam dan budaya kita.

Lihat sahaja pada mesej-mesej di shoutbox dan komen. Saya tidak bermaksud mahu memperlekeh sesiapa, tetapi saya tidak enak membaca tulisan yang tidak manusiawi. Tidak cerdik berkata-kata. Apakah kerana generasi muda hari ini semakin banyak berhubung di alam virtual, maka mereka menjadi tuli terhadap nilai-nilai kemanusiaan pada bahasa dan perhubungan?

Sengaja saya cetuskan Sesama Street sebagai muqaddimah kisah ini kerana saya ingin menunjukkan kepada pembaca betapa masyarakat Barat, masih ramai yang particular dan mengambil berat tentang hal ini. Mereka mengajar anak-anak mereka berbudi bahasa.

Bagaimana dengan kita yang Muslim ini? Islam yang mengajar kita bahawa muka dan bahasa yang manis itu adalah suatu kebajikan. Bagaimana dengan Melayu yang suka dikenali sebagai bangsa yang berbudi bahasa?.....



by:ustaz hasrizal

Wednesday, February 10, 2010

ISU PENKID


Penkid, wanita yang berperwatakan dan berpakaian lelaki. Mereka menganggap diri mereka lelaki dan hanya tertarik kepada perempuan. Berlawanan dengan mak nyah a.k.a pondan yang berperwatakan dan berpakaian seperti perempuan..

Penkid ni, macam kita tau lah berambut pendek, berpakaian lelaki, berlagak macam lelaki, rasa diri tu dah memang lelaki dah walaupun terpaksa time nak 'kencing' tu masuk toilet perempuan. Tak ke hipokrit tu.. dah alang-alang rasa diri tu lelaki masuk la terus toilet lelaki kan.

Ada kajian yang mendapati phenomena ni bermula dari peringkat permulaan perempuan itu masih kecik lagi. Theory yang dianggap possible cause ialah perempuan ni dulunya hidup di dalam environment di mana dia melihat peel dan perangai lelaki lebih dominated berbanding perempuan. Avon Longitudinal Study of Parents and Children menyanggah theory ini, phenomena ini disebabkan oleh genetic and prenatal factors.

Ikut lah apa pun theory dia orang cerdik pandai ni keluarkan, penkid ni dah jadi satu masalah negara, sampai perlu berfatwa haram. Haram mana-mana wanita berpakaian menyerupai lelaki, itu semua sudah tau tak perlu berfatwa pun. Fatwa mengenai penkid sudah dikeluarkan so bagaimana enforcement nya, nak tangkap semua perempuan penkid? Nak gubal peraturan baru kut semua perempuan diharamkan berpakaian menyerupai lelaki, diharamkan berambut pendek dan err… kalau 'berendet' dengan couple penkid akan ditangkap dan didakwa..?

Kalau minum arak itu haram, penguatkuasaan terhadapnya ialah dengan menegah dan mengambil tindakan kepada mana-mana individu Islam yang mengamalnya, kalau khalwat itu salah mesti ada enforcement untuk menghalangnya.. betul dok.

Penkid.. perempuan berjiwa seperti lelaki. Entahlah aku pun tak paham apa yang best jadi penkid, bukan boleh tambah zuriat pun, setakat boleh buat geli-geli jer apa kejadahnya. Sama la jugak macam gay dan pondan tuh.. Tuhan dah jadikan berpasangan-pasangan, positive dan negative tapi yang sejenis jugak yang dia syok. Luar tabiee sungguh..

seharusnya sebagai ibu bapa, kita mestilah sentiasa peka dengan perubahan fizikal anak-anak dan cuba cari jalan terbaik untuk mengatasinya. ni, bila dah jadi kritikal isunya, barulah rasa nak cari jalaan penyelesaian. salah tindakan camtu.

ada individu penkid yang boleh berubah, dan mereka juga sedar yang mereka ni perlu berkeluarga dan hidup normal dan kita sebagai anggota masyarakat yang prihatin perlu membantu dan membimbing mereka dan bukannya terus menyisihkan golongan ini terus mengalami masalah jiwa lain iaitu kemurungan yang melampau.