I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 27, 2009

HaluUu...PuaSa Oh PuAsA

salam ramadhan semua.....

lama gak aku x update pebenda ni yerk...huhuu..bz dah skrg ni..ngan kls gantinye..ngan last edit asgment..ngan terawihnye...ngan datenye...mcm2lah.....semua dlm 1...

slmt pose dah 5 ari.....xde halangan ngan rintangan lg....hik2!!!fhm2 jelah kan...org pompuan...

sepnjng ramadhan yg aku dh lalui ni....mcm2 benda jadik!!!!!...plg x thnnye..aku demam plak...asyik tdo je pas hbs kls...then..plg bestnye....mcm2 ade kt bazar ramadhan..ssh gak nk wat plhn..ala2 plh calon suamilah plak..hik2!!!!....tp bab mknn ni aku x plh sgt..asal kenyang...duk cite sal mknn ni...aku teringat plak karipap mak aku..lamanye x mkn..rindu sgt2!!!smpai nk mkn kuih yg aku beli pon xbpe lalu(hbs gak)....

bab terawih lg best...barulh aku tau..dak upc ni ramai gak.....brulh nmpk muka2 yg x penah aku nmpk sblm ni....wawwawaaaaa.....syukurlh...msh ada yg nk tmbh pahala.....

apa yg pntg....ramadhan ni..kali kedua aku jauh dr kluarga..huhuuu.....rindulah nk sahur same2 ngan famili....huhuuu...(^_^)luv u my famili!!!!!!

Thursday, August 20, 2009

TaUtAn HaTi


Puas Kurayu, Puas Kuseru...
Jawapanmu Tetap Yang Dulu...
Oh, Sukarnya Mengajakmu!!
Namun, Kasihku padamu Cukup Padu...
Lantaran Itu...
Aku Akan Terus Menyerumu...
Pada Yang Satu...

Ku Genggam Kukuh Suatu Azimat...
"Kita Hanya Penyeru, Bukan Penghukum"
Ya Allah, Kuharapkan BAntuan-Mu Mengiringiku...
Seru Dan Terus Menyeru...
Itu Tugas Rasul-Mu...
Akan Kuteruskan Semampuku...
Hingga Ke Hujung Waktu...


Aku terpanggil tuk mempromote novel Tautan Hati ni....Memang sesuai dan sangatlah menyedarkan diri kita sekiranya betul2 memahami cerita yang hendak disampaikan dalam novel ni..so..sila2lah cari buku ni yerk....=)indah khabar..indah rupanya...=)

Wednesday, August 19, 2009

H1N1, itu adalah satu ulang teguran


Tidak kah anda merasakan, H1N1 ini adalah satu lagi ulang teguran?
Ulangan teguran daripada-Nya…

Ada orang cakap dengan saya, dia dah bosan dengar itu ini teguran daripada Allah. Dia kata: Asal ada bencana je, nak kata itu teguran Allah. Asal ada apa-apa je, nak kata itu daripada Allah. Bosan la. Tak ada modal lain ke?

Saya nak ketawa pun ada bila dengar dia kata sebegitu rupa.
Sebenarnya, salah kah kalau kita mengaitkan segala kejadian di muka bumi ini dengan Allah SWT? Sedangkan sudah jelas kepada kita bahawa Allah SWT yang menciptakan segala-galanya. Allah SWT, tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Jadi, H1N1 ini, takkan la datang saja-saja.
Mesti ada hikmahnya.

Takkan kita nak kata, Allah itu zalim kepada manusia? Tak fasal-fasal nak datangkan bencana.
Maka adalah menjadi tugas kita, sebagai manusia, bersangka baik dengan Allah SWT. Allah SWT tidak akan datangkan sesuatu itu dengan sia-sia. Tugas kita adalah menggerakkan sedikit akal kita, berfikir akan ciptaan-ciptaan- Nya. H1N1, satu lagi makhluk Allah yang patut kita tadabbur(teliti) . Kenapa di tengah-tengah kehidupan manusia, Allah datangkan H1N1?

Jawapan sebenarnya, hanya ada pada Allah. Tapi saya sebagai manusia biasa, hanya mampu mengajak diri bermuhasabah. Kalau kita lihat semula ke belakang, Allah SWT telah berulang kali menegur manusia dengan teguran-teguran yang ‘berat’ tetapi ‘halus’.

Kita kembali melihat ke belakang. Allah datangkan HIV semasa dunia tenggelam dalam kes hubungan bebas dan anak luar nikah. HIV datang tanpa ubat. Ramai manusia mati kerananya. Malah, sesiapa yang dijangkiti HIV akan dipulaukan kerana takut terjangkit penyakitnya. Tetapi insan masih lalai. Difikirkannya cara, akhirnya kondom juga diambil sebagai penyelesaiannya.

Hem… Manusia memang sukar hendak berubah.
Kemudian Allah datangkan pula JE. Penyakit daripada khinzir. Saya masih ingat lagi, ketika itu saya berada di tingkatan dua. JE juga ketika itu datang tanpa ubat. Ramai orang meninggal kerananya. Tetapi manusia tetap tidak mengambil peringatan.

Kemudian Allah datangkan pula tsunami. Ini satu teguran yang agak besar juga. Ramai meninggal dunia. Berlaku di Indonesia, tetapi Malaysia juga terkena sama. Sampai ada yang menyatakan bahawa itu adalah kiamat kecil. Namun siapa yang mengambil pengajaran daripadanya? Sebentar sahaja insaf kemudian kembali mengingkari- Nya.

Datang lah pula tidak lama kemudian selsema burung. Ayam-ayam habis mati dibakar untuk mencegah penyakit itu. Ramai juga yang terjangkit, mati dan mati. Namun tidak lama kemudian, perkara itu reda, manusia pun kembali lupa.

Hari ini, datanglah satu lagi sesi muhasabah daripada-Nya. H1N1. Ya… Kali ini lebih dasyat dari yang sebelum-sebelumnya. Kalau HIV hanya banyak kepada yang melakukan seks bebas, kalau JE kepada yang selalu berkomunikasi dengan khinzir, kalau Tsunami hanya di kepulauan indon dan sekitarnya, kalau selsema burung hanya di sekitarnya, tetapi H1N1 melanda seluruh dunia dengan kadar yang sangat tinggi, serta penyebaran yang sangat cepat.
Manusia, sampai bila agaknya kamu hendak lupa?

“Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu, Kami telah binasakan tatkala mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.” (Surah Al-Kahfi ayat 59)

“Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan tempikan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Al-Ankabut ayat 40)

Ya. Manusia itulah yang menganiayai dirinya sendiri. Manusia memilih untuk meninggalkan Allah SWT. Maka Allah turunkan peringatan.
Bila datang penyakit sebegini, barulah kita melihat ada orang hendak mengeluarkan doa-doa khusus. Bila datang bala sebegini, kita baru akan lihat orang keluar melaksanakan solat menolak bala, solat hajat dan sebagainya. Manusia memang begitu. Ibarat bila ada orang mati, baru Al-Quran hendak dibuka cari.

Firaun juga begitu sebenarnya. Dia ketika hendak lemas di laut, barulah hendak mengaku bahawa Nabi Musa itu rasul dan Allah itu adalah Tuhan. Tetapi, taubatnya ketika itu sudah tertutup.

Bagaimana kita?
Bagaimana?
Nanti anda tanya saya kenapa Allah ni tak fasal-fasal nak datangkan H1N1? Kemudian kenapa yang tak buat maksiat pun kena?
Jawapan kepada soalan pertama: Saya hendak kamu tengok sendiri keadaan dunia, keadaan negara kamu.

Jawapan kepada soalan kedua: Ketika Allah datangkan tsunami, Allah datangkan kepada semua. Bukan kepada yang bermaksiat sahaja. Hal ini kerana, kalau kita lihat semula, apakah masyarakat bangun mencegah kemungkaran yang ada di dalam kehidupan mereka?

“Telah terjadi pelbagai kerosakan dan kebinasaan di laut dan darat diakibatkan kerana perbuatan tangan manusia itu sendiri.” (Surah al-Rum, ayat 41)
Akhirnya, semua ini adalah kerana manusia meninggalkan arahan-Nya, dan melaksanakan perintah-Nya. Allah sudah ingatkan kita:

“Andai kata penduduk satu negeri itu benar-benar beriman dan bertakwa, maka kami akan bukakan kepada mereka keberkatan kami yang datang dari langit mahupun yang tumbuh dari bumi. Akan tetapi jika mereka mendustakan ayat kami, maka kami akan azab mereka akibat daripada perbuatan mereka sendiri “ (Surah al-A’raf, ayat 96)
Kita yang memilih sebenarnya. Kita pilih untuk ingkar, maka Allah turunkan azab kepada kita. Sebagai peringatan.
Sedangkan kita perlu sedar, Allah itu berkuasa hendak menterbalikkan dunia ini, sebagaimana Dia menterbalikkan bumi Kaum Lut. Itu semua mudah bagiNya.
“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada diri kalian sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah” (Surah al-Hadid ayat 22)
Sebab itu, ini adalah satu ulang tegur.
Dan hanya orang-orang yang berfikir sahaja yang akan rasa dirinya ditegur.
Kepada yang bermaksiat, ini satu teguran. Kepada yang tidak ingkar, ini satu ujian. Ujian keimanan. Sebagaimana firman-Nya:
“Sesungguhnya Kami akan menimpakan cubaan ke atas kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang jika ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji‘ûn.” (Surah al-Baqarah: 155- 156).

Marilah sama-sama kita muhasabah. Sama-sama juga jaga kesihatan. Amalkan langkah-langkah pencegahan.
Saya mendoakan agar Allah selamatkan kita dari bala bencana ini.
Harapnya, Allah SWT selamatkan kita.

Ya Allah, bantulah kami dalam menyedari kesilapan kami, dan bantulah kami dalam memperbaiki diri kami. Sesungguhnya kami adalah hamba-Mu yang lemah, dan sering menzalimi diri sendiri.

(copy: petikan dari ms.langitilahi.com)

Saturday, August 15, 2009

HaRi PaLiNg MaLaS

Arini...aku bangun awl....tp pas slt sbh..tdoq balik lorh!!xtaulah nape..arini rase lazy sgt nak wat asgment...dr dua ari lps..aku duk syok layan cite HARRY POTTER dr episod 1 smpai 6..cite plg aku suka...then x ckp ngan HARRY POTTER..aku duk lyn cite omputeh yg lain...niat ati arini nak wat asgment sampai siap..tp aku terpaksa btlkan niat tu..memandangkan mind aku xbpe ok sgt nak mencari idea bernas tuk asgment aku...Actually aku rase rindu sgt ngan akak2 aku..ngan mak abah aku..xtau nape..tetiba jerk teringat kt diorng...x psl2..bngun dr tdo pg td..aku trus kol umah..dpt gak ckp ngan mak!!!...oklah tue..dpt dgr sore dia!!!x sabo nk blk raye ni..coz...thn ni akak2 aku kecuali kak wa...duk raye umah mak abah..ngan anak2 sedara aku tu!!!!!...bestnye...yg x sdp ati lak..aku risau waktu nk blk nnti..psl kes H1N1 lah ni.....klu bleh...klu dpt elak..aku xnak terlibat ngan virus ni..Ya Allah!!..lindungilah hambamu ini..Amin...

habis dah cite hari paling malas aku!!!hikhikhik..(^_~)

KiSaH Si JaNdA DaN DuDa


Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar... Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg... Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian... .Suatu hari..di petang yang redup... si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda... Si janda perasan dan datang menegur si duda... "Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu... "... Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."... Berkerut dahi si janda... kerana kelihatan serius pulak si duda tu...

"ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ... Si duda merenung si janda... lalu dengan kekuatan yang ade die berkata... "Aku ni kepingin nk berbinikan ko... ko sudi tk?.."... Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm... sudi... "... Setelah berborak seketika... si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah... dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak... yelah dah tue... memori pendek sket... Setelah berfikir sejenak... si duda tidak jugak mendapat jawapan... lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda... Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni...

"Helo... mak jan..pak uda di sini... aku ingin bertnya... almaklum dah tua mudah lupa... ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."... Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati... selamat ko telepon aku ..Pak Uda... "... si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya... "Kenapa... "... Dan si janda menjawab.."Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"


kah kah kah kah ,,,,,,,,sendrek sendrek mau ingat weiiiii !!!!!

(copy:Kita Juara Post Bulettin Tagged)

PeMaLaS


Pada masa dahulu, ada sebuah negeri dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

KeRaNa KeReTa

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandudisebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :

' Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nakbaiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;' Saya meminta maaf Pak cik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil'.

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. 'Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pak cik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya..

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, kereta WAJA itu kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

DuGaAn Oh DuGaAN

virus H1N1 kini meragut banyak nyawa!!bilangan kematian di seluruh dunia makin bertambah.di anggarkan masalah ini akan berlarutan sehingga sampai waktunya datang dugaan lain.apa ikhtiar anda??

Friday, August 14, 2009

KiSaH BaKaL BaPa


Al-kisahnye........di sebuah hospital 4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang melahirkan anak..

Then..kuarlah nurse dan bagitau kat ayah pertama..."tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua"!!!...

"Mungkin satu kebetulan." kata ayah pertama."saya bekerja di Twin Star Enterprise"..

Then, kuar plak nurse lain bagitau kat ayah kedua..."tahniah,awak medapat anak kembar tiga!!!"...

"woow!!mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua.Saya bekerja di 3M Corporation.

Kuar plak nurse lain bagitau kat ayah ketiga...Congratulation,wife u dapat kembar empat!!!

"Alhamdulillah, Mungkin satu kebetulan!!Saya kerja di Four Season Hotel!!!

Pada masa ini, ayah keempat kelihatan gelisah dan tidak menentu.kesemua ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"...

jawab ayah keempat,"saya kerja di seven-eleven"...?????

dapat anda bayangkan bape anaknye???


copy:kelakar2u.blogspot.com)

10 cara membahagiakan ibu bapa


Setiap anak wajib mentaati dan berbakti kepada ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua.Ajaran islam meletakkan kedudukan ibu bapa ditempat yang mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

1. Memberi nafkah.Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia.Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

MaTa HaTi KaSiH

Rasulullah s.a.w mencium Hasan bin Ali, dan di sisinya al-Akra' bin Habis al-Tamimi, maka al-Akra' berkata:

"sesungguhnya saya ada 10 orang anak, tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka."

Maka Rasulullah memandangnya kemudian berkata:

"sesiapa yang tidak memberi kasih sayang tidak akan diberi kasih sayang"

(riwayat al-Bukhari,Muslim,al-Tarmizi dan Abu Daud)


Tip Untuk Kekasih

*Kasihlah kepada Allah, itulah kasih yang sejati dan abadi

*kasih dahulu kemudian baru dikasihi

*Kasih itu menuntut pengorbanan, tanpa pengorbanan kasih tidak akan berpanjangan

*Jangan mengharap balasan. Kasih yang suci tidak menuntut balasan

*Jangan bimbang jika tidak dikasihi tetapi bimbanglah jika kita tidak boleh mengasihi


(copy:solusi,panduan hidup bersyarat)

Thursday, August 13, 2009

CeRiTa KaMpUs



wawawaaa....i'm so tired!!!!...ntah knp, ari ni aku rase keletihan yg teramat sgt..teringin balik umah...bercuti..release tension..xnak smbung blajar lagi...lth jadi student sbnrnye...memerah otak..wat asgment tu,asgment ni...semua2lah...camnilah hdup kampus...mane2 jerk same..kan???....tapi aku tetap pelik..blh dikatakan berlaku kat aku gak lerrr...event terasa pntnye belajar ngan wat asgment..kami tetap ENJOY..tu yg penting...

tu psl mlm 12 ogos 2009..sempena konvo kat U aku ni..diorng wat konsert.Faizal Tahir dtg beb!!!xthnnye..mmg rmai sgt2lah dak upc ke dak luar ke..xtaulah aku..duk tgk dia!!!beselah..jmpa artis..sape xnak..dahlah free jerk..kan2???aku ade gak jengah2 skjp...sbb fokus UTAMA aku..adalah BERSHOPPING ngan kwn2!!!..duk sbuk tgk tu tgk ni..terdgrlah plak lagu ni..ape ye...COBA..dah...tetiba jerk seram sejuk rasenye..mane xnye....lagu plg sentimental dlm hdup aku tau..sejarah yg x ingin di ulang!!!..

coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau anggap
bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati

dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar senang kau merasa

siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu

coba kau lihat
coba kau coba
renung ke mata kau
bila ku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

repeat chorus
maafkan kerana ku tak pernah
terlintas tuk menulis padamu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat ke mataku

lirik lagu dia ni..wawawaaa....nak2 je aku nangis waktu tu..tp aku thn jerk....diorng yg tgk faizal nyanyi..terpegun hbs...sdp sore dialah...aku pun respect kat dia...go faizal!!!


back to my vision..cerita kampus ni...mcm2 ade!!!yg sedih..yg hepy..yg bosan pun ade!!

korang gi lah mane2 U..cmform ade cite tersendiri...yg sorang camtu,yg sorang camni..yg lecturer camtu..camni...mcm2 ada!!!

Wednesday, August 12, 2009

SeInDaH SuRiA....



inilah gelagat kawan2ku yg suka beno aku nengok!!!!...seceria kanak-kanak umo 3,4 taun!!!!time ni..kitorang meraikan kemenangan yang memang dah disangka2 dan xleh nak sangkal lagi!!!!we are the CHAMPION beb!!!aku suka nengok gambo ni..sbb..aku suka sesuatu yang menceriakan ati aku yang boleh dkatakan telah dicabar dek keresahan hati yg x kesudahan...tiap kali aku nengok gambo ni..aku gelak sorang2!!!..bayangkan ntah camnelah kehidupan diorang ni akan datang....wat everlah frends...yg penting...aku heppy kenal korang...koranglah pengubat atiku kala ku kesedihan dan kelukaan!!cheh!!!!konon2 je tu!!padahal..belakang diorang ade gak aku ngutuk ngata....

papepun.....kamilah bakal-bakal pendidik bangsa akan datang yang berjaya!!!!!

TeRaPi PeRnAFaSaN UnTuK SaKiT KePaLa DaN KeLeTiHaN

kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan....Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas??

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaaannya. Sebelah kanan mewakili matahari(mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan(mengeluarkan dingin)

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh

Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan ulang-alik. Tidak lama kemudian, anda akan berasa segar kembali sebab hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri sehinggalah hatinya cepat menjadi dingin..betul kerrrr????

Lelaki akan bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan sehingga cepat menjadi marah.

Apakah anda pernah perhatikan saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, akan kita akan berasa cepat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas..Anda akan segar kembali.

P/s:Ikut jangan tak ikut.

(copy from istimewa untukmu.com)

Derita Cinta Semalam


Pada Hari Ini,
Buat Sekalian Kalinya,
Hatiku Terusik Kembali,
Terimbau Kenangan Lalu,
Yang Masih Segar Dalam Ingatanku,
Biarpun Seringkali Meruntun Hatiku...

Hujan Renyai Yang Membasahi Bumi,
Seakan Mengerti Derita Perasaanku,
Sarat Yang Kutanggung,
Sendu Yang Ku Hitung,
Bercampur Baur Menjadi Lukisan,
Yang Sukar Difahami...

Hatiku Menangis Lagi,
Meraung!!!!
Oh Tuhan!!
Apakah sebenarnya TakdirMu Untukku?
Apakah Hikmah Semua Ini?
Aku Sudah Tidak Sanggup Lagi Meredah,
Jalan Yang Penuh Sandiwara Ini,
Aku Letih!!!!...

Mengapa Dirinya Masih Kurindui?
Mengapa Kesengsaraan Yang Diberinya Aku lupakan??
Oh Hati!!!
Lupakanlah Dia,
Dia Telah Lama Pergi Dari Hidupmu,
Teruskanlah Kehidupanmu Sebaiknya,
Walaupun Hatimu Hancur Berderai....

rasa cinta rasa derita....

hati kadang2 bertanya..kenapa masih teringatkan dirinya..kenapa mesti tangisi sesuatu yang telah berlalu??memang perit kan...bila kita dah jatuh cinta..kemudian..terpisah...terasa hati kita dibawa pergi, terasa hati kita dilempar jauh supaya tak kembali lagi pada kita..kita tetap meratapinya walaupun hati kita telah dibawa jauh sehingalah kita jadi derita!!!aneh..kan??itulah cinta..itulah derita..CINTA...

Tuesday, August 11, 2009

MuTiArA KaTa


Kata-kata Motivasi

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda
dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam
merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi.

milik siapakah hati ini....


selalu ku perhatikannya..ku bayangkan seandainya dapat ditegur dirinya itu..namun, hatiku terlalu tegar untuk mendekatinya buat masa ini..bagiku cukuplah ku perhatikannya dari jauh...tenang wajahnya menyejukkan hatiku, tutur katanya begitu indah pada pandanganku, keelokkan kelakuannya membuatkan aku malu memandang diriku ini...Nah!!!!!..inilah salah satu bicara hati oleh insan-insan yang sedang terbuka hatinya kepada satu perkara yang amat MENAKUTKAN iaitu CINTA!!!..Cinta??apakah maksudnya bagi anda?kasih sayang yang mendalam kepada seseorang?kesanggupan menyerah segala-galanya untuk seseorang??keterlekaan kepada benda lain selain dirinya??penyerahan kasih sayang yang berlandaskan agama??..pernah ku tanyakan kepada seorang sahabatku, kenapa dia boleh jatuh cinta? tidakkah dia merasa cinta itu suatu yang menyiksakan?tidakkah dia merasa cinta itu suatu yang merugikan?..jawapannya..senang saja...hatinya telah terbuka untuknya..tiada keraguan lagi!!!...betul ke bila kita terjumpa seseorang yang menarik bagi kita..kita terus rasakan dia adalah jodoh kita??Yakinkah anda dengan bisikan hati yang dipengaruhi oleh syaitan itu??..cinta yang murni..kasih sayang yang berpanjangan...dapatkah kita kecapinya???ingin ku rasakan suasana cinta yang sebenar...tetapi...ku sedar..aku bukanlah sebaik dan semulia Sumayyah untuk mengecapi rasa cinta dan kasih yang tulus daripada KEKASIHNYA..hatinya hanya milik KEKASIHNYA..hati ini???