I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 22, 2010

PeMiliK CinTaKu SeTelaH Allah DaN Rasul




begitu indah cover bukunya...itulah pandangan pertama aku bila terlihat satu lagi karya kreatif milik Fatimah Syarha...walaupun tidak setebal novelnya sebelum ini yang pernah kubaca iaitu Tautan Hati, kandungannya amat ringkas untuk difahami...memang menarik minat untuk baca dari kulit kekulit...

nak tau apa yang best....bacalah.....terutamanya pd kaum muslimah....=)

Friday, February 12, 2010

CINTA itu semua



Aku dan Ros sedang kunyah popcorn sambil ralit melihat kerenah pengunjung tasik Titiwangsa ini, mata kami terkedip kedip kerana melihat bermacam ragam ‘bentuk-bentuk’ kekasih yang lalu lalang.. bagi yang sudah bernikah, yang berumur , rasanya.. manis dan sejuk mata memandang. Pimpinan tangan atuk kepada nenek, suami kepada isteri yang sarat mengandung.. sambil mendukung seorang lagi anak.. membuat hati yakin masih ada lagi kasih dan sayang yang ikhlas.

Tapi bilamana mata kami bertembung, pasangan yang ‘ asmara dana’ aku jadi seram sejuk kerana seolah-olah aku melihat yang sedang bergerak kesana sini itu.. bukan lagi manusia yang penuh dengan rasa cinta yang suci.. tapi rasa cinta yang membuak tumpah kelantai itu telah dipintal
bersekali nafsu nafsi… lengguk lentuk dan panahan mata itu ..bukan saja gelora antara mereka.. tapi tempiasnya juga memercik kepada kami yang memandang… fuh

Tiba-tiba Ros bertanya “Ummi.. terjemahkan aku erti cinta”

“ha? Kau kenapa? Mabuk cinta ke? Nak aku terjemah erti cinta?”

“tak lah.. saje tanya pendapat kau.. kau kan penuh dengan ‘rasa dan perasaan’ jadi orang macam kau ni tentu lebih faham kot..hihihi”

“eemm.. boleh tapi aku guna satu perkataan je.. cinta itu SEMUA”

“eh, apa ke SEMUA pula dah ni.. “

“ialah.SEMUA rasa ada dalam CINTA pe... rasa kemanusiaan, kasih, sayang, setia, hormat, persaudaraan, ikhlas dan redha. Kau tau kan. Cinta tu perasaan yang terbit dari hati, eemm ia murni, luhur, pelindung, merasa bahagia, penyanyang, mengasihi, ambil berat. Rindu bila berpisah. Pendek kata.. segala yang positif adalah dalam cinta.

Tapi kalau cinta sudah berubah jadi taksub cinta tu dah tak membawa bahagia dah. Cemburu buta. Iri hati, curiga, prasangka,. Semua yang negetif pula timbul.. jadi elok-elok cinta tu indah dasarnya dan orang kata apa.. kalau mabuk bercinta , asyiknya bagaikan disyurga bertukar
neraka.

Jadi sebenarnya cinta tu tak salah. Tak menyusahkan, tak merosakkan, tak menjahamankan.”

“yelah kan , tapi mi, ko tenguklah sekarang..cinta buat ramai manusia kecundang.. maksiat berleluasa.. buang anak macam buang puntong rokok...suami ada hubungan lain, isteri ada kekasih hati.. anak buang mak bapa, kau tak salah kan cinta habis camne?"

Ros agak emosi, aku tahu, kerana dia sendiri kecundang dalam perkahwinannya..jadi tak salah kalau dia beremosi ketika bicara. hatinya terluka, jiwanya merana..

Aku biarkan sedikit masa berlalu tanpa kata-kata. Aku lihat dia merenung jauh ketengah tasik dan bagaikan tembus kesatu dunia lain. Aku berganjak mendekatinya dan memeluk bahunya perlahan tapi kemas.

"Ros... aku faham, tapi kau tidak boleh salahkan cinta.. Allah dan Rasul sendiri sangat galakkan kita bercinta dan berkasih sayang, banyak dalam Quran dan dalam Hadis.. dan cinta tu pun luas pengertiannya.. kalau bercinta dengan manusia dan mereka sering kecewakan kita.. kita bercintalah dengan benda lain.. dengan kucing ke. dengan kereta ke. dengan pokok ke... dengan ilmu lagi banyak faedah tau.." aku bawa bergurau.. dia tersenyum sumbing..

"Ros... kalau kau salahkan cinta.. bila kau haluskan ia .. .kau akan menyesal tau..berdosa"

"kenapa pula dah"

"yelah.. mari kita fikir ye.. kenapa kita wujud? kenapa Allah jadi kan syurga, neraka? kenapa ada dosa ada pahala, kenapa ada taubat ada tau buat..."

"ummi, kau ni betullah sikit" dia mula ketawa..

"dah ye betullah, cuba kau cakap kat aku sikit.. aku ni pun hentam je.. kot betul ke salah ke.. pasal apa agaknya ye?"

"kenapa kita wujud.. sebab Allah dah cipta adam adalah kita semua. syurga nereka sebab siapa buat baik syurga biasalah.. nereka siapa buat salah.. taubat kalau buat dosa.. tau buat.. sendiri tanggunglah.. "

"eemm.. betulah tu. tapi Adam pun kenapa Allah cipta? sebab cinta kasih sayang dia.. pada Makhluk ciptaannya, dia ada kan syurga dan neraka kerana dia bagi pilihan kepada kita, samada nak buat baik atau buat salah.. terpulanglah.. tempat dah sedia ada. tapi tak Dia biarkan kita
musnahkan diri kita sebab tu ada taubat .. ada jalan pulang.. kalau tak mau juga.. tahu buat je.. ha tangguglah sendiri esok.

Jadi semua kerana cinta Dia pada kita..lagi pun cinta itu sifat dia kau kan tahu Allah Maha Pengasih Maha Penyayang segalanyalah.."

aku berhenti, Ros melepaskan keluhan panjang.. seperti mencampakkan bebanannya ketengah tasik.

"Ummi, aku bukan salahkan cinta,. tapi kerana cinta banyak manusia merana, kecewa, ditipu, kerana cinta ramai yang buta, jadi bodoh, dah ada buang, cari lain.. habis nak salahkan siapa?"

"salahkan oranglah. orang yg salah guna cinta, orang yg bodoh, sebab cinta yang ada dah betukar dan landasan dia pun dah tak pakai Allah.. pakai laluan highway nafsu nafsi 110kmpj.. " aku ketawa dan satu cubitan singgah dilengan..

"kau ni kan. aku tak boleh nak marah betullah, ada je jadi bahan lawak kau"

"dah memang betulkan.. cuba kau fikir. kalau kau bercinta, panah cinta tu masa kau lepaskan dia.. hujungnya tu, kau gantungkan kalimah Allah, aku gerentilah...ye mestilah terluka kalau putus kasih, tapi kita akan jadi kuat semacam tau pasal ada Allah. tapi kalau kau gantung..syarat cinta kau, kat situ.. bila syarat tu tak dapat.. kau sakit hati.. silap boleh mati tau"

"tah lah mi,. betullah rasanya.. sebab selama ini aku kata hanya dia (bekas suami) yang aku sayang.. aku lupa aku tak boleh sayang dia je.. aku kena sayang diri aku dulu.."

"dan sayang paling utama Allah dan Rasulullah, kemudian baru yg lain menyusul, ibu bapa, suami, anak-anak, kerabat, bla..bla. ha mamak roti, apek ikan, bangla karpet kau.. hahahaa".. aku menyambung sambil melawak.

"ummi !!"

"hihihi.. betullah tu Ros. dah jangan tensionlah.. ingat.. cinta tu Allah punya,. kau doa je banyak-banyak supaya satu hari Allah campakkan separuh cinta kedalam hati kau..."

"ler pasal separuh?"

"ha lah.. separuh lagi pada pak we baru bakal suami baru kau lah"

"jadi bila bertemu..mata bertentang.. hati tertawan. apa tunggu lagi, kawinlah, tapi kali ni.. kau kena ingat.. ingat siapa dulu"

"ingat Allah... ustazah..."

"eh bukan ustazah.. aku bagi tau kau sebelum aku jadi jenazah tu je"...

kami berderai ketawa...

sambil bangun menuju ke kereta aku ingatkan dia satu lagi..

"Ros..aku bagi kau tip ukuran cinta ya..

Cinta.. –

Tiada - hidup tak bermakna
sikit - tak rasa
sederhana – biasa
lebih – bahagia
terlalu – bala / bencana

so kau tahu tak..?"

"apa dia Mi?"

"alah kata siNabil tu : LU PIKIRLAH SENDIRI!!

"kau ni.. iyoooo lah"..

kami tertawa. menuju kekereta sebelum terus ke Berjaya Time Square menemani minah beruwang ($$$) tu nyoping sakan..

ah.. gitulah hidup..
sedih pun dialirkan .. ruh duit mengambil alih rasa..
now time to shopping..

“Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.” Al Baqarah.

Wednesday, February 10, 2010

ISU PENKID


Penkid, wanita yang berperwatakan dan berpakaian lelaki. Mereka menganggap diri mereka lelaki dan hanya tertarik kepada perempuan. Berlawanan dengan mak nyah a.k.a pondan yang berperwatakan dan berpakaian seperti perempuan..

Penkid ni, macam kita tau lah berambut pendek, berpakaian lelaki, berlagak macam lelaki, rasa diri tu dah memang lelaki dah walaupun terpaksa time nak 'kencing' tu masuk toilet perempuan. Tak ke hipokrit tu.. dah alang-alang rasa diri tu lelaki masuk la terus toilet lelaki kan.

Ada kajian yang mendapati phenomena ni bermula dari peringkat permulaan perempuan itu masih kecik lagi. Theory yang dianggap possible cause ialah perempuan ni dulunya hidup di dalam environment di mana dia melihat peel dan perangai lelaki lebih dominated berbanding perempuan. Avon Longitudinal Study of Parents and Children menyanggah theory ini, phenomena ini disebabkan oleh genetic and prenatal factors.

Ikut lah apa pun theory dia orang cerdik pandai ni keluarkan, penkid ni dah jadi satu masalah negara, sampai perlu berfatwa haram. Haram mana-mana wanita berpakaian menyerupai lelaki, itu semua sudah tau tak perlu berfatwa pun. Fatwa mengenai penkid sudah dikeluarkan so bagaimana enforcement nya, nak tangkap semua perempuan penkid? Nak gubal peraturan baru kut semua perempuan diharamkan berpakaian menyerupai lelaki, diharamkan berambut pendek dan err… kalau 'berendet' dengan couple penkid akan ditangkap dan didakwa..?

Kalau minum arak itu haram, penguatkuasaan terhadapnya ialah dengan menegah dan mengambil tindakan kepada mana-mana individu Islam yang mengamalnya, kalau khalwat itu salah mesti ada enforcement untuk menghalangnya.. betul dok.

Penkid.. perempuan berjiwa seperti lelaki. Entahlah aku pun tak paham apa yang best jadi penkid, bukan boleh tambah zuriat pun, setakat boleh buat geli-geli jer apa kejadahnya. Sama la jugak macam gay dan pondan tuh.. Tuhan dah jadikan berpasangan-pasangan, positive dan negative tapi yang sejenis jugak yang dia syok. Luar tabiee sungguh..

seharusnya sebagai ibu bapa, kita mestilah sentiasa peka dengan perubahan fizikal anak-anak dan cuba cari jalan terbaik untuk mengatasinya. ni, bila dah jadi kritikal isunya, barulah rasa nak cari jalaan penyelesaian. salah tindakan camtu.

ada individu penkid yang boleh berubah, dan mereka juga sedar yang mereka ni perlu berkeluarga dan hidup normal dan kita sebagai anggota masyarakat yang prihatin perlu membantu dan membimbing mereka dan bukannya terus menyisihkan golongan ini terus mengalami masalah jiwa lain iaitu kemurungan yang melampau.

sOmBONg

TAZKIRAH HARI INI:


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan. ” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan) . Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dah tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” -(Hadis riwayat Muslim)


Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” -(Hadis riwayat Muslim)

AlSurah al-Qashash; ayat 83;
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan dimuka bumi.”

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.

kejaYaaN, KeKayaAn AtaU KaSih SaYaNG


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk
kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang
kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata.

"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, Kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput sama ada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.Dimana
ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Monday, February 1, 2010

Suatu Ketika Kisah Merpati Dua Sejoli

Suatu ketika dahulu ada sepasang kekasih sedang menyemai bernih cinta kasih sayang. Mereka mengenali satu sama lain untuk tujuan hidup bersama dan mengharapkan keredhaan, dirahmati serta kasih sayang dari Allah untuk perhubungan mereka yang suci agar Allah menjodohkan mereka dan memberi kebahagiaan serta semoga perhubungan mereka kekal hingga akhir hayat. Hanya mati memisahkan mereka. Si lelaki berjanji untuk menjaga, melindungi dan memberi kasih sayangnya kepada si perempuan dengan sepenuh hatinya. Si Lelaki amat mencintai si perempuan. Si Lelaki bersedia untuk mengahwini kekasihnya dan menerima seadanya kekasihnya tanpa memikirkan hal2 lampau mereka dahulu.

Suatu hari kekasih si lelaki tersebut ingin memutuskan perhubungan mereka kerana si perempuan tersebut mendapati dirinya sakit leukimia tahap dua dan menyuruh kekasihnya cari pengganti dirinya. Si Perempuan tersebut tidak ingin menyusahkan Si Lelaki itu suatu hari kelak sebab jika mereka menikah dan ditakdirkan ada anak. Dia akan meninggalkan suami dan anak2nya yang masih kecil. Dia tak nak suaminya dan anak2nya bersedih.

Si lelaki terbabit tidak kisah semua itu, dia dapat terima seadanya bakal isteri tersebut sebab baginya manusia tetap akan mati. Lambat atau cepat sahaja. Baginya ada juga manusia yang sihat mati dulu dari yang sakit. Kita tak tahu bila tarikh kita akan meninggal, apa yang penting bersiap sedia untuk menghadapi kematian dengan segala amal ibadat. Si lelaki terbabit amay menyayangi dan mencintai kekasihnya dan jika boleh dia nak berkahwin dengan kekasihnya dan menjaga kekasihnya hingga nafas terakhir. Dia nak tunaikan janjinya pada kekasihnya. Si lelaki terbabit amat bersedih dengan keputusan kekasihnya.

Sekarang Si Perempuan terbabit menyuruh kekasihnya lupakan dia dan kasih mereka makin jauh. Si Perempuan tersebut ingin melupakan segala kisah suka dukanya. Sekarang si perempuan tersebut serah pada Allah akan jodohnya. Si Lelaki terbabit juga pernah juga membuat kesalahan pada kekasihnya dan kemungkinan juga kekasihnya terasa hati dan si lelaki tersebut amat menyesalinya kerana tidak dengar nasihat kekasihnya. Si lelaki tersebut juga tidak sempat menunaikan hasrat terakhir ibunya.

Kekasihnya menderita kerana sakit dan si lelaki tersebut ingin mengambil kekasihnya sebagai isteri dan ingin menjaga tetapi mereka tiada kata sepakat an berserah pada Ilahi.

Persoalannya :

1. Patutnya mereka berpisah berdasarkan cerita tersebut?

2. Jika anda menjadi mereka, apa perasaan anda dan keputusannya?

3. Si lelaki tersebut ingin menunaikan janjinya dan dia amat sedih dengan keputusan kekasihnya.

4. Si Perempuan tersebut ingin memutuskan perhubungannya dan beri peluang kepada kekasih cari penggantinya tetapi kekasih tidak mahu dan hanya ingin bersama kekasih hingga nafas terakhir.

Apa pandangan dan pendapat kalian. Walaupun ini hanya cerita tetapi kita boleh kongsi pendapat dan idea yang bernas?

(riwayat hidupku blog)