I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 10, 2009

Kita Semua Adalah Sama


Terdetik hati ni nak cerita tentang satu pengalaman yang telah saya alami sebelum ni.

Masa kecik-kecik dulu, sebelum saya mula faham tentang alam orang kurang upaya ni, selalu juga fikiran kolot ni masuk ke dalam minda, mengatakan orang yang kurang upaya ni begitu rendah tarafnya bagi saya untuk hidup sama taraf dengan orang yang normal. MasyaAllah, hina sungguh pemikiran saya ketika itu. Tetapi, sejak saya mula mendalami,mendekati dan memahami sendiri kehidupan mereka, saya mula sedar, tiada ukuran dalam kehidupan ni untuk hidup bersama-sama. Sebabnya, kita dicipta daripada satu sumber yang sama iaitu tanah, dan di cipta oleh Tuhan yang sama iaitu Allah.

Mana-mana mereka yang mempunyai ketidakupayaan juga tidak berkeinginan untuk menjadi sedemikian. Mereka juga sebolehnya berharap agar dimatikan dan dihidupkan kembali dengan keadaan yang normal. Namun ciptaan Tuhan yang maha Agung ini tidak dapat kita tolak kerana Dialah yang berkuasa sepenuhnya keatas kita.

Kita juga harus sedar alam kurang upaya ini bukanlah sesuatu alam yang lemah, namun mereka yang berada di dalam alam ini diberikan kelebihan tertentu yang tidak dimiliki oleh manusia yang normal.

Setelah hampir setahun setengah menuntut ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dalam bidang Pendidikan Khas(Masalah Pendengaran), saya sangat sedar bahawa tanpa kita yang normal ini untuk membantu, mustahil mereka yang lemah itu berkeupayaan hidup maju ke depan dengan perasaan yang bangga tanpa rendah diri.

Saya juga ada berjumpa dengan orang kurang upaya yang lain semasa membuat kajian luar seperti selebral palsi, down sindrom, autisme dan lain-lain. Apa yang saya lihat dan fahami disini, mereka yang mempunyai tahap kecacatan yang rendah adalah berkeupayaan tinggi untuk hidup 'survive' seperti orang normal dengan syarat, mereka sendiri dilatih dan dididik dari awal untuk tidak memikirkan kecacatan mereka itu membataskan peluang mereka.

Ibu bapa sangat memainkan peranan penting dalam membantu mereka memperbaiki diri dan memajukan diri tanpa rasa terhalang dek kecacatan mereka itu. Buktinya memang ada, sebahagian dari orang kurang upaya ini mampu hidup berjaya walaupun ada kecacatan.

Oleh itu, janganlah kita sesekali memandang rendah kepada mereka yang kurang upaya atau mempunyai kekurangan berbanding kita. hal ini kerana, kita harus sedar sebagai khalifah di bumi Allah ini, kita jangan sesekali menidakkan kehadiran makhluk ciptaannya yang akan sama-sama membantu kita untuk mentadbir bumi ini.

No comments: