I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 22, 2010

Doa memohon perlindungan dari kejahatan semua makhluk

tazkirah hari ini:

'Ya Allah, Tuhan kami. Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.

Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.

Dan, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.'

* Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun, seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya.

* Menurut riwayat, doa ini adalah menjadi amalan Abi Darda, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didapatinya daripada baginda.

PERINGATAN BUMI!!

Berkata Anas Bin Malik R.A: sesungguhnya setiap hari bumi menyeru manusia dengan sepuluh perkara…

1Hai anak Adam!berjalanlah di atas perutku, tetapi
ingatlah!!engkau akn masuk ke dalamnya kelak…

2Engkau melakukan maksiat di atas belakangku,tapi ingatlah!!
engkau akan diazab di dalam perutku…

3Engkau ketawa di atas perutku,tetapi
ingatlah!!engkau akan menangis di dalam perutku…

4Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi
ingatlah!!engkau akan kecewa di dalam perutku…

5.Engkau mengumpul harta di atas belakangku,tetapi
ingatlah!!engkau akn menyesal di dalam perutku…

6.Engkau makan benda haram di atas belakangku,tetapi
ingatlah!!engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku..

7.Engkau angkuh di atas belakangku,tetapi
ingatlah!!engkau akan dihina di dalam perutku..

8.Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari,tetapi
ingatlah!!engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku…

9.Engkau berlari dengan riang di atas belakangku,tetapi
ingatlah!!engkau akan jatuh kecundang di dalam perutku

10Engkau hidup beramai-ramai di atas belakangku,tetapi
ingatlah!! engkau akan berseorangan di dalam perutku…

Diam Itu Lebih Baik

Tazkirah Hari Ini: Diam Itu Lebih Baik Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." (Mutafaq 'alaih)

Thursday, January 7, 2010

MulanYa TahuN Baru.....





Thn bru ni bermula dgn kebosanan utk blk ke kampus!!!!....mmg x syok...cuti cam skejap jerk.....

BERMULANYA awal semester:...aku jd perindu..perindu pd kesayangan2ku yg jauh disana....hihihihiiii..sape lg..ofcozlah ank2 buahku yg mkin hensem,mkin cantik,mkin comey and ayus mcm auntie dia ni....really miss them..my parent also..rasanye cam skjp je duk sembang,manja2 ngan diorng...ngan sibling2.....waa....mmg xde semangat nk study jerk..huhuhu..tp..ku trskan langkah juga meniti sisa2 hdp dikampus ni dgn sabar...(kononnyelah)....time cuti ritu mmg bnyak gak benda yg aku buat ngan diorng..main karem,main dam,main badminton,gi jln sane sni beli belah reramai..msk tuk diorng...plg best..kami reramai..msk pizza...wawawaaa....sedap mcm PIZZAHUT...xrugi kami beli dan buat sendiri..berbaloi2......smpai kurasakan berat bdn dah bertambah sbb mkn pizza je..yewlah..bygkan dr kurus skit kuar spital je akak bg mkn tu..mkn ni..mcm2lah...huhuhu...mmg puas menikmati mknan sesama kami...mmg teringat zmn knk2 dolu2lah...mkn sama2...skrg ni..tunggu cuti je bru leh kmpl ramai2...mak abah pon heppy je tgk kami ade sesama...yewlah..bila lg nk nengok cucu2 diorng..kan2???..so..nilah permulaan crite thn bru aku...(,")(",)
tgklah gmbo kat atas tu..gmbo pizza yg bru msk..ank2 sedaraku yg syok mkn sesma....dan tentulah mereka2 ni yg comey..sweet..ikut auntie sha dia ni...hihihiii=)

ALKISAHNYA....lama bercuti ni..mmg lama gaklah xpenah mikir pe lg input nk msukkan lam blog aku ni...cumanya..sbgai permulaan...kumulakan dgn KURINDUI KESAYANGAN2KU SEMUA....wawawaa...