I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 12, 2010

CINTA itu semua



Aku dan Ros sedang kunyah popcorn sambil ralit melihat kerenah pengunjung tasik Titiwangsa ini, mata kami terkedip kedip kerana melihat bermacam ragam ‘bentuk-bentuk’ kekasih yang lalu lalang.. bagi yang sudah bernikah, yang berumur , rasanya.. manis dan sejuk mata memandang. Pimpinan tangan atuk kepada nenek, suami kepada isteri yang sarat mengandung.. sambil mendukung seorang lagi anak.. membuat hati yakin masih ada lagi kasih dan sayang yang ikhlas.

Tapi bilamana mata kami bertembung, pasangan yang ‘ asmara dana’ aku jadi seram sejuk kerana seolah-olah aku melihat yang sedang bergerak kesana sini itu.. bukan lagi manusia yang penuh dengan rasa cinta yang suci.. tapi rasa cinta yang membuak tumpah kelantai itu telah dipintal
bersekali nafsu nafsi… lengguk lentuk dan panahan mata itu ..bukan saja gelora antara mereka.. tapi tempiasnya juga memercik kepada kami yang memandang… fuh

Tiba-tiba Ros bertanya “Ummi.. terjemahkan aku erti cinta”

“ha? Kau kenapa? Mabuk cinta ke? Nak aku terjemah erti cinta?”

“tak lah.. saje tanya pendapat kau.. kau kan penuh dengan ‘rasa dan perasaan’ jadi orang macam kau ni tentu lebih faham kot..hihihi”

“eemm.. boleh tapi aku guna satu perkataan je.. cinta itu SEMUA”

“eh, apa ke SEMUA pula dah ni.. “

“ialah.SEMUA rasa ada dalam CINTA pe... rasa kemanusiaan, kasih, sayang, setia, hormat, persaudaraan, ikhlas dan redha. Kau tau kan. Cinta tu perasaan yang terbit dari hati, eemm ia murni, luhur, pelindung, merasa bahagia, penyanyang, mengasihi, ambil berat. Rindu bila berpisah. Pendek kata.. segala yang positif adalah dalam cinta.

Tapi kalau cinta sudah berubah jadi taksub cinta tu dah tak membawa bahagia dah. Cemburu buta. Iri hati, curiga, prasangka,. Semua yang negetif pula timbul.. jadi elok-elok cinta tu indah dasarnya dan orang kata apa.. kalau mabuk bercinta , asyiknya bagaikan disyurga bertukar
neraka.

Jadi sebenarnya cinta tu tak salah. Tak menyusahkan, tak merosakkan, tak menjahamankan.”

“yelah kan , tapi mi, ko tenguklah sekarang..cinta buat ramai manusia kecundang.. maksiat berleluasa.. buang anak macam buang puntong rokok...suami ada hubungan lain, isteri ada kekasih hati.. anak buang mak bapa, kau tak salah kan cinta habis camne?"

Ros agak emosi, aku tahu, kerana dia sendiri kecundang dalam perkahwinannya..jadi tak salah kalau dia beremosi ketika bicara. hatinya terluka, jiwanya merana..

Aku biarkan sedikit masa berlalu tanpa kata-kata. Aku lihat dia merenung jauh ketengah tasik dan bagaikan tembus kesatu dunia lain. Aku berganjak mendekatinya dan memeluk bahunya perlahan tapi kemas.

"Ros... aku faham, tapi kau tidak boleh salahkan cinta.. Allah dan Rasul sendiri sangat galakkan kita bercinta dan berkasih sayang, banyak dalam Quran dan dalam Hadis.. dan cinta tu pun luas pengertiannya.. kalau bercinta dengan manusia dan mereka sering kecewakan kita.. kita bercintalah dengan benda lain.. dengan kucing ke. dengan kereta ke. dengan pokok ke... dengan ilmu lagi banyak faedah tau.." aku bawa bergurau.. dia tersenyum sumbing..

"Ros... kalau kau salahkan cinta.. bila kau haluskan ia .. .kau akan menyesal tau..berdosa"

"kenapa pula dah"

"yelah.. mari kita fikir ye.. kenapa kita wujud? kenapa Allah jadi kan syurga, neraka? kenapa ada dosa ada pahala, kenapa ada taubat ada tau buat..."

"ummi, kau ni betullah sikit" dia mula ketawa..

"dah ye betullah, cuba kau cakap kat aku sikit.. aku ni pun hentam je.. kot betul ke salah ke.. pasal apa agaknya ye?"

"kenapa kita wujud.. sebab Allah dah cipta adam adalah kita semua. syurga nereka sebab siapa buat baik syurga biasalah.. nereka siapa buat salah.. taubat kalau buat dosa.. tau buat.. sendiri tanggunglah.. "

"eemm.. betulah tu. tapi Adam pun kenapa Allah cipta? sebab cinta kasih sayang dia.. pada Makhluk ciptaannya, dia ada kan syurga dan neraka kerana dia bagi pilihan kepada kita, samada nak buat baik atau buat salah.. terpulanglah.. tempat dah sedia ada. tapi tak Dia biarkan kita
musnahkan diri kita sebab tu ada taubat .. ada jalan pulang.. kalau tak mau juga.. tahu buat je.. ha tangguglah sendiri esok.

Jadi semua kerana cinta Dia pada kita..lagi pun cinta itu sifat dia kau kan tahu Allah Maha Pengasih Maha Penyayang segalanyalah.."

aku berhenti, Ros melepaskan keluhan panjang.. seperti mencampakkan bebanannya ketengah tasik.

"Ummi, aku bukan salahkan cinta,. tapi kerana cinta banyak manusia merana, kecewa, ditipu, kerana cinta ramai yang buta, jadi bodoh, dah ada buang, cari lain.. habis nak salahkan siapa?"

"salahkan oranglah. orang yg salah guna cinta, orang yg bodoh, sebab cinta yang ada dah betukar dan landasan dia pun dah tak pakai Allah.. pakai laluan highway nafsu nafsi 110kmpj.. " aku ketawa dan satu cubitan singgah dilengan..

"kau ni kan. aku tak boleh nak marah betullah, ada je jadi bahan lawak kau"

"dah memang betulkan.. cuba kau fikir. kalau kau bercinta, panah cinta tu masa kau lepaskan dia.. hujungnya tu, kau gantungkan kalimah Allah, aku gerentilah...ye mestilah terluka kalau putus kasih, tapi kita akan jadi kuat semacam tau pasal ada Allah. tapi kalau kau gantung..syarat cinta kau, kat situ.. bila syarat tu tak dapat.. kau sakit hati.. silap boleh mati tau"

"tah lah mi,. betullah rasanya.. sebab selama ini aku kata hanya dia (bekas suami) yang aku sayang.. aku lupa aku tak boleh sayang dia je.. aku kena sayang diri aku dulu.."

"dan sayang paling utama Allah dan Rasulullah, kemudian baru yg lain menyusul, ibu bapa, suami, anak-anak, kerabat, bla..bla. ha mamak roti, apek ikan, bangla karpet kau.. hahahaa".. aku menyambung sambil melawak.

"ummi !!"

"hihihi.. betullah tu Ros. dah jangan tensionlah.. ingat.. cinta tu Allah punya,. kau doa je banyak-banyak supaya satu hari Allah campakkan separuh cinta kedalam hati kau..."

"ler pasal separuh?"

"ha lah.. separuh lagi pada pak we baru bakal suami baru kau lah"

"jadi bila bertemu..mata bertentang.. hati tertawan. apa tunggu lagi, kawinlah, tapi kali ni.. kau kena ingat.. ingat siapa dulu"

"ingat Allah... ustazah..."

"eh bukan ustazah.. aku bagi tau kau sebelum aku jadi jenazah tu je"...

kami berderai ketawa...

sambil bangun menuju ke kereta aku ingatkan dia satu lagi..

"Ros..aku bagi kau tip ukuran cinta ya..

Cinta.. –

Tiada - hidup tak bermakna
sikit - tak rasa
sederhana – biasa
lebih – bahagia
terlalu – bala / bencana

so kau tahu tak..?"

"apa dia Mi?"

"alah kata siNabil tu : LU PIKIRLAH SENDIRI!!

"kau ni.. iyoooo lah"..

kami tertawa. menuju kekereta sebelum terus ke Berjaya Time Square menemani minah beruwang ($$$) tu nyoping sakan..

ah.. gitulah hidup..
sedih pun dialirkan .. ruh duit mengambil alih rasa..
now time to shopping..

“Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.” Al Baqarah.

No comments: