I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, January 5, 2011

Syukur!Syukur!Syukur Ya Allah

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, keheningan pagi yang indah dengan suara burung yang keriangan membangkitkan lagi semanagat aku untuk terus berjaga dari melayan mata yang kengantukan..Azam baru, tiap2 pagi sebelum pergi kelas, spend time untuk berjogging dulu...(bkn mls sblm ni, tapi kena kejar kelas..kira jogging gak ler tu)....

Hari ini hati aku tergerak untuk share something dalam blog yang tak bape glamour ni.Kisahnya, pasal diri kita yang kerdil dimuka bumi ini hilang rasa tunduk dan syukur padanya(minta-minta dijauhkan YA Allah)....

petikan ini aku minta izin dari saudara Hanifah untuk dikongsi.hopes, korang ada kesedarannya sikit..termasuklah diri aku sendiri...





Pernahkah kita terfikir bahawa selama ini kita belum betul-betul bersyukur kepada Allah SWT, sedangkan pada setiap hari betapa melimpah ruah rezeki yang telah Allah berikan kepada kita? kita selalu berdoa agar Allah mengurniakan rezeki yang luas, tapi kita jarang berdoa agar rezki yang dikurniakan olehNya menjadi pemangkin kepada peningkatan iman di dada. Bahkan lebih teruk lagi, rezki yang diberi olehNya menjadikan kita lebih lalai dan leka untuk mengingati Allah. Jika dikaji dan dilihat kembali amalan-amalan harian kita seperti cara makan, cara berpakaian, cara bergaul dan lain-lain, kita dapat melihat ketidakserasian antara amalan-amalan seharian kita dengan nilai-nilai islam sebenar. ingatlah bahawa kita hidup di atas dunia ini bukanlah dengan sia-sia sesungguhnya Allah telah berfirman

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku.” (azzariat: 56)

dan Allah juga telah berfirman


“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras”. (Ibrahim: 7)

Dengan termaktubnya ayat di atas tahulah bahawa pentingnya kita bersyukur dan meningkatkan ibadah kepada Allah kerana di akhirat kelak akan dibuka buku catitan amalan dan pada ketika kita akan menyesal kerana setiap nikmat yang Allah beri tidak dibalas dengan rasa syukur.

Apakah itu syukur sebenar? Adakah apabila kita mendapat nikmat kita hanya berdoa dan memperbanyakkan sembahyang? Tidak, kesemua itu belum memadai bagi kita sebagai seorang hamba untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah. Kita silap dan selalu meremehkan hal-hal kecil seperti cara berpakaian, seperti di kaca tv, selalunya kita akan mendengar segelintir orang mengucapkan, “saya merasa bersyukur kehadrat Allah kerana dengan izinNya, saya dapat memenangi anugerah ini.”, sedangkan ketika itu dia sedang berpakaian yang menjolok mata dan membuka aurat, apakah dia tidak sedar apa yang sedang dia lakukan? apakah dia sedar yang dia sedang membuat dosa? apakah dia tidak malu berkata-kata seperti itu? inilah gaya masyarakat kita pada hari ini, dan inilah kita pada hakikat sebenarnya. kita tidak perlu menuding jari kepada orang lain, berkata itu dan ini, walhal sedar atau tidak, tidak dapat dinafikan bahawa kita juga kadangkala melakukan perkara yang sama melalui konteks yang berlainan.

Lihatlah bertapa ceteknya ilmu kita pada hari ini untuk membezakan yang mana dosa dan pahala disebabkan oleh hiburan yang berterusan, bertapa kita alpa dan leka dengan pelbagai hiburansehingga kadangkala hiburan menjadi agenda utama kehidupan. Ada yang sanggup bersengkang mata untuk berhibur kendatipun hanya memberi sesaat kegembiraan. Perkara ini berlaku sebaliknya kepada orang-orang beriman yang terdahulu, mereka berbengkak mata kerana menangis takutkan azab Allah dan sering memohon keredaanNya. Lemahnya keadaan iman kita pada hari ini, kadang kala tidak sedikitpun di dalam hati ini terasa takutkan Allah dan sanggup melakukan dosa yang berterusan sehingga pada satu tahap di mana ajal itu telah tiba, kembalilah kita kepadaNya dengan berbekalkan dosa yang bertimbun-timbun. ketika itu setiap dosa akan ditukar menjadi hukuman kita di akhirat kelak.
Ada yang berkata, “aku dah berilmu, tengoklah sijil-sijil aku, semuanya tinggi-tinggi, ijazah aku dah ambil, master aku dah master, phD memang dalam tangan, semua aku buat sendiri, tak ada orang pun tolong aku, aku tak suka benda lain selain dari belajar, bagi aku sembahyang ke doa ke tak berapa penting, yang penting belajar”. berdoalah supaya kita dijauhkan dari sifat-sifat riak, kufur dan takbur. ya, memang Allah itu maha pemurah lagi maha pengasih, sebab itulah Allah tidak pernah memutuskan nikmat kepada hambaNya walaupun hambaNya itu kufur. Kita perlu tahu bahawa setiap nikmat itu bukanlah nikmat semata-mata, nikmat juga adalah ujian Allah kepada hamba-hambanya samaada hambanNya itu ikhlas beriman kepada Allah ataupun tidak. Allah telah berfirman

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”(AlAnkabut: 2-3)

Jadikanlah nikmat itu sebagai momentum untuk meningkatkan iman sehingga akan ada satu tahap di mana kita akan rasa kemanisan iman sebenar seperti yang dirasa oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW, insyaallah. firman Allah SWT

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal. Orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia.” (AlAnfal: 2-4)

Inilah tugas kita, dan inilah masanya yang paling sesuai untuk kita berubah dan merubah keadaan sekeliling kita kepada yang lebih baik. Perubahan tidak mungkin akan berlaku dengan kadar secepat kebilan mata tetapi ia mungkin mengambil masa sekurun lama dengan berbekal segunung ketabahan tetapi tidak mustahil ia akan berlaku. Biarlah usaha kita berterusan, janganlah kita berputus harapan dengan kelemahan iman yang ada sekarang, sesungguhnya Allah SWT rindu akan rintihan hamba-hambaNya, memohon dan berdoa agar diberi semangat untuk terus melakukan perubahan pada diri kita dan orang lain. Walau apa sekalipun hujah kita, kita mesti ingat bahawa segala apa yang ada pada kita pada hari ini adalah hasil bekalan dan pinjaman dari Allah SWT, tidak mustahil Allah akan mengambil semula hakNya kelak.

No comments: